Terma & Syarat

Peraturan di Bilik Tidur

  1. Adalah dilarang makan dan minum dan merokok di dalam bilik ini.
  2. Untuk pelanggan wanita, sila buang kapas muka, plastik bungkusan tuala wanita di tong sampah bilik yang disediakan
  3. Ketika bersolek, dilarang mengelap sisa solekan anda di dinding rumah.
  4. Pastikan segala jarum peniti anda tidak bersepah di dalam ruangan bilik ini.
  5. Para ibu jangan buang pampers bernajis besar anak anda dalam tong sampah bilik. Buang di tong sampah dapur
  6. Sila ambil perhatian, deposit akan ditolak jika pihak kami tidak berpuas hati dengan keadaan bilik tidur yang ditinggalkan

Peraturan di Dapur

  1. Setelah menggunakan perkakas elektrik dapur dan sinki sila pastikan ianya dibersihkan kembali.
  2. Ikat sampah dan buang di tong sampah berwarna hitam yang disediakan di luar.
  3. Pastikan kesemua perkakas dapur yang telah digunakan dibasuh bersih, dan di simpan kembali ke tempat asal bukan dilonggokan di rak pinggan.
  4. Kosongkan peti ais kembali. Jangan tinggalkan lebihan makanan anda di dalam peti ais.
  5. Jika anda memasak, jangan tinggalkan dapur dan lantai dalam keadaan berlemak dan berminyak.
  6. Sila ambil perhatian, deposit akan ditolak jika pihak kami tidak berpuas hati dengan keadaan dapur yang ditinggalkan

Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebarang keselamatan kenderaan, barang berharga & individu sepanjang tempoh penginapan. Harap maklum